Rabu, 19 Juli 2017

Gaji Ketua Pengarah YaPEIM mencecah hampir RM.1.2 juta setahun


Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, berlaku banyak penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Datuk Abibullah Hj Samsudin selaku Ketua Pegarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Terbaharu sumber dalaman YaPEIM memaklumkan gaji dan elaun yang dibayar kepada Abibullah yang digunakan melalui dana untuk anak yatim mencecah hingga ke RM 1.2 juta setahun.


Menurut rekod sebaik shaja dilantik sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, dengan kuasa yang ada Abibullah telah bertindak melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di semua agensi dan institut di bawah kawalan YaPEIM.

Semua tindakan tersebut dilakukan melalui 'arahan' yang dikeluarkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah agar melantik dirinya melalui resolusi syarikat.

Paling menarik mana-mana Ahli Lembaga Pengarah yang ingkar dengan 'arahan' tersebut akan dikenakan 'hukuman' iaitu digugurkan jawatannya ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Abibullah dibayar sebanyak RM43,000 sebulan manakala untuk jawatan-jawatan lain seperti Pengarah Eksekutif dia dibayar RM sebanyak RM3,500 sebulan.

Dalam erti kata mudah dia menerima elaun sebanyak RM42,000 sebulan (3,500 x 12 agensi di bawah YaPEIM) di tambah dengan gaji asas seperti yang dinyatakan tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 85,000 sebulan.

Bayangkan dengan kuasa sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, Abibullah berjaya memperolehi pendapatan sekitar RM1,02 juta setahun (RM85 ribu x 2 bulan).

Namun itu hanya melibatkan pengiraan kasar kerana ia belum lagi dicampur dengan elaun-elaun tambahan yang lain seperti tuntutan perjalanan ke luar negara, bonus tahunan, elaun khas dan sebagainya.

Sekiranya dikira secara menyeluruh jumlah tersebut pasti akan meningkat dengan lebih banyak lagi.

Namun itu semuanya masih belum mampu memenuhi nafsunya yang tamak dengan harta dunia sehingga sanggup dan tergamak untuk  merampas hak anak-anak yatim melalui penyelewengan dana yang dilakukan.

Benarlah kata Nabi Muhammad SAW, di akhirnya zaman nanti akan lahir manusia yang sanggup untuk memakan harta anak yatim tanpa rasa berdosa walau sedikit pun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar