Projek ‘Gajah Putih’ Simultor Golf
Mungkin
ada yang tidak mengetahui projek simulator golf yang dibiayai YaPEIM
pada hakikatnya merupakan satu projek ‘gajah putih’ atau dalam bahasa
kasarnya merupakan satu pengunaan dan pembaziran wang rakyat yang
dilakukan denagn sewenang-wenangnya oleh Abibullah.
Ini
kerana adalah suatu yang tidak boleh diterima dek akal manusia yang
waras, apabila YaPEIM yang sepatutnya membangunkan institusi Islam yang
merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat,
membangunkan program pembangunan tanah wakaf atau menyediakan program
membantu mangsa bencana alam terpaksa mengeluarkan belanja yang sebegitu
besar untuk simulator golf.
Apakah rasionalnya set simulator golf ini dengan semua peranan dan fungsi sebenar YaPEIM yang dinyatakan sebelum ini?
Malah
hasil siasatan dalam yang dilakukan dengan kakitangan, penelitian
laporan-laporan kewangan dan minit-minit mesyuarat YaPEIM sebelum ini,
pembelian set simulator golf tersebut tidak pernah mendapat kelulusan
dan persetujuan semua Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan dan
Perundiangan YaPEIM (INPUT).
Paling
memeranjatkan set simulator golf yang ditempatkan di Mentari Park
Bandar Sunway itu tidak pernah digunakan sehingga kini dan terbiar using
tanpa sebarang pengawasan dan penyelenggaraan.
Sedangkan YaPEIM dan INPUT telah mengeluarkan dana mencecah RM 1 juta yang
merangkumi kos peralatan, pemasangan dan pengubahsuian pejabat.
Penyelewengan Dana Anak Yatim, Miskin
Tidak
cukup dengan itu, Abibullah turut dilaporkan telah menyeleweng dana dan
peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anak-anak yatim
dan miskin yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.
Menurut
rekod sehingga kini Abibullah telah menghabiskan jutaan ringgit
peruntukan YaPEIM yang sepatutnya digunakan untuk Pelajar Anak Yatim
Miskin Cemerlang (Santun) dengan mengadakan pelbagai program dan aktviti
yang tidak masuk akal.
Ini
kerana Abibullah hanya berminat untuk mengadakan program bersama
pelajar Santun yang berada di luar negara, manakala mereka yang menuntut
di dalam negeri dibiarkan melarat dan merempat tanpa sebarang
pembelaan.
Melalui
data yang diperolehi jumlah keseluruhan pelajar Santun adalah seramai
5,000 dan daripada jumlah tersebut hanya 200 orang sahaja yang menuntut
di luar negara manakala baki seramai 4,800 orang berada di dalam negeri.
Persoalannya
adakah wajar dana yang sebegitu besar tdigunakan hanya untuk mengadakan
pelbagai jenis lawatan ke luar negara atas alasan untuk berjumpa dan
membantu para pelajar Santun yang seramai 200 orang itu?
Bagaimana
pula dengan nasib 4,800 orang pelajar yang dibiarkan tanpa sebarang
pembelaan dan bantuan yang berada di ‘depan mata’ ini?
Apakah
kerana mereka itu semua terlalu ‘dekat’ sehingga Abibullah merasakan
sangat tidak wajar untuk dirinya untuk ‘mencemar duli’ melawat dan
mengadakan aktiviti bersama mereka?
(… bersambung)
The King Casino Resort - Hertzaman
BalasHapusFind the perfect https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ place to stay, communitykhabar play, https://deccasino.com/review/merit-casino/ and unwind ventureberg.com/ at Harrah's Resort Southern California. Get herzamanindir.com/ your points now!