Senin, 31 Juli 2017

YaPEIM umum insentif bonus sebanyak 9 bulan gaji



Pasti ramai yang terkejut sekiranya dimaklumkan di saat ekonomi tidak begitu rancak namun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) masih mampu memberikan bonus dan insentif yang besar kepada semua kakitangannya pada tahun 2016.

Ini kerana ketika kerajaan hanya mampu memberikan bonus 1 bulan untuk kakitangan awam, YaPEIM masih mampu berbelanja mewah seolah-olah berjaya memperolehi kontrak yang bernilai puluhan billion ringgit.

Namun apabila diteliti laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan tiada satu data pun yang menunjukkan aliran tunai YaPEIM berada pada tahap yang kukuh.

Mungkin dari satu sudut ia merupakan 'durian runtuh' untuk kakitangannya namun dari satu sudut lain Institut Amal Jariah yang sepatutnya menjaga kebajikan anak yatim ini bakal bangkrap.

Malah sumber dalaman yang di hubungi mendedahkan keputusan tersebut dibuat tanpa di rujuk melalui mesyuarat bersama Ahli Lembaga Amanah YaPEIM terlebih dahulu.

Paling menarik keputusan tersebut turut tidak dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap YaPEIM.

Berbalik kepada isu pemberian bonus tadi, hasil pemberian bonus dan insentif tersebut Datuk Abibullah Hj Samsudin selaku Ketua Pegarah berjaya memperolehi pendapatan tambahan sekitar RM400 ribu.

Disebabkan itu juga YaPEIM terpaksa mengeluarkan kos berjumlah RM6.2 juta untuk membayar keseluruhan insentif kepada semua yang terlibat.

Paling tidak masuk akal, YaPEIM  telah mengunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk Projek ArRahnu untuk membayar kos tersebut.

Sedangkan secara objektifnya Projek ArRahnu ditubuhkan unutk membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, membangun ilmu pengurusan Islam merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan program kecemerlangan komuniti yang termasuk usaha bagi  membantu anak yatim dan fakir miskin.

Persoalannya bukahkah di sini jelas membuktikan Abibullah telah melakukan salah guna kuasa yang jelas bertentangan dengan etika?

Namun mengapakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih enggan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Abibullah?

Apakah Abibullah begitu kebal untuk melakukan pelbagai kemungkaran dengan merompak dan unutk anak yatim dan fakir miskin sehingga bebas melakukan kesalahan demi kesalahan saban tahun?

Atau mungkinkah SPRM mahu menunggu sehingga semua dana habis digunakan dan YaPEIM diistiharkan muflis baharu hendak menjalankan siasatan?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar