Minggu, 09 Juli 2017

Beranikah SPRM Siasat YaPEIM???



Ketua Pegarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Hj Samsudin dilaporkan telah melakukan pelbagai salah guna kuasa dengan mengunakan kedudukannya di institusi tersebut untuk kepentingan peribadi.

Walaupun isu mengenai pelewengan dan salah guna kuasa Abibullah ini pernah dibangkitkan suatu ketika dahulu, namun disebabkan sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan, maka adalah wajar isu mengenainya dibangkitkan semula.


Bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak, namun ia bertujuan untuk memastikan dana dan peruntukkan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Islam, anak yatim dan sebagainya tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Percutian peribadi di luar negara mengunakan dana YaPEIM 

Menurut sumber dalaman YaPEIM, sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah pada tahun 2014, hampir setiap bulan Abibullah akan mengadakan pelbagai lawatan ke luar negara atas alasan untuk mewujudkan nilai tambah terhadap institusi tersebut.

Namun pada hakikatnya lawatan tersebut lebih bersifat ‘makan angin’ dan berseronok di luar negara, ini kerana berdasarkan laporan tahunan YaPEIM sehingga kini tidak ada satu pun pencapaian yang boleh dibanggakan melalui lawatan yang mencecah kos jutaan ringgit itu.

Paling memeranjatkan semua lawatan yang dilakukan itu langsung tidak mempunyai sebarang pembentangan laporan secara khusus malah telah dilakukan tanpa sebarang kawalan.

Ini kerana selain membiayai percutian mewah Abibullah, YaPEIM turut ‘dipaksa’ untuk membiayai kos pembelian pelbagai alatan peribadinya selain set simulator golf yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.

Berdasarkan borang tuntutan perbelanjaan yang dikemukakan oleh Abibullah, Yapeim terpaksa membayar sekitar RM50 – 70 ribu kepadanya setiap kali lawatan tersebut diadakan.

Malah sekiranya dikira secara kasar 12 (bulan) x 3 (tahun) x RM50 ribu (setiap kali lawatan), Yapeim telah membayar sekitar RM1.8 juta untuk kos pembelanjaan Abibullah sepanjang berada di luar negara.

Persoalannya adakah wajar dana YaPEIM sebagai sebuah institusi berkongsepkan sedekah jariah yang diamanahkan untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menampung gaya hidup mewah dan kehendak peribadi seorang Ketua Pengarah?

Bukankah wajar peruntukan yang sebegitu banyak digunakan untuk kepentingan rakyat khususnya golongan peniaga Islam yang berniaga secara kecil-kecilan termasuk usaha untuk membantu ekonomi anak yatim dan fakir miskin.

Benar, fungsi sebenar YaPEIM tidak boleh disamakan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat zakat, namun secara dasarnya objektif utama penubuhan YaPEIM adalah untuk membantu masyarakat Islam secara kolektif.

Pendek kata, YaPEIM perlu menyediakan dana untuk membantu badan-badan sedia ada yang kekurangan sumber kewangan termasuk fakir miskin dan anak yatim dengan harapan lebih ramai umat Islam dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.


(… bersambung)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar