Sabtu, 01 Juli 2017

KP gila seks, kakitangan YaPEIM trauma,



Kakitangan wanita di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dilaporkan trauma dengan sikap Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Hj Samsudin yang gila seks.

Melalui sumber dalaman YaPEIM, sikap Abibulah yang 'hidung belang' itu dilihat saban hari semakin menakutkan sehingga menyebabkan ada di kalangan kakitangan wanita di institusi tersebut berhenti kerja kerana sering menerima gangguan seksual.


"Walaupun mengetuai sebuah institusi yang berteraskan Islam, namun akhlak dan perangai Ketua Pengarahnya amatlah memeranjatkan.

"Ada di kalangan kakitangan (YaPEIM) yang memohon untuk bertukar jabatan malah ada yang mengambil keputusan untuk meleatkkan jawatan kerana sering menerima gangguan darinya," kata sumber tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini Abibullah telah berkahwin dengan dua orang kakitangan dari YaPEIM manakala seorang lagi isterinya berada di Indonesia.

"Sepanjang saya bertugas di sini, Abibullah adalah merupakan Ketua Pengarah yang mempunyai rekod paling buruk terutama yang melibatkan kakitangan wanita.

"Sebelum ini dia pernah dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan pegawai peribadinya, namun apabila berita mengenainya mula tersebar dia kemudiannya terpaksa berkahwin dengan wanita tersebut, walaupun pada ketika itu dia telah mempunyai seorang isteri.

"Tidak lama selepas itu dia kembali menjalinkan hubungan dengan seorang lagi kakitangan YaPEIM dan sehingga kini dia telah mempunyai empat orang isteri," kata sumber itu lagi. 

Sumber itu turut menjelaskan selain dua orang isterinya itu Abibullah turut menjalinkan hubungan dengan beberapa orang kakitangan yang lain.

Namun disebabkan Islam melarang lelaki berkahwin lebih dari empat orang dalam satu-satu masa, Abibullah terpaksa menjalinkan hubungan tersebut secara bersembunyi.

Persoalannya apakah YaPEIM ini ditubuhkan untuk menjaga dana kebajikan anak yatim dan fakir miskin atau digunakan sebagai 'gudang' bagi membolehkan Ketua Pengarahnya memilih isteri dan bertukar ganti pasangan???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar