Selasa, 01 Agustus 2017

Penasihat Najib guna duit anak yatim bayar kos yuran guaman


Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di dakwa mengunakan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai kos yuran guamannya.

Melalui 'printscreen' yang kami terima Shahlan yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Yapeim te;ah mengunakan dana yang sepatutnya di salurkan untuk anak yatim itu untuk kepentingan peribadinya.


Shahlan sebelum ini disaman Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM20 juta atas dakwaan salah laku serta mahu menutup yayasan tersebut.

Pemangkin sebelum ini mendakwa Yapeim menggunakan dana yayasan tersebut untuk menaja program Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Eropah, Amerika Syarikat dan program-program Yapeim di Ausralia.

Pemangkin turut mendakwa Shahlan melalui Yapeim telah bertindak untuk menjadikan yayasan tersebut tidak aktif, digulung secara rahsia tanpa memaklumkan atau dibincangkan dengan para pengasasnya kerana mahu menutup kelemahan, salah laku dan salah tadbir yang dilakukan Yapeim.
Tahun lalu NGO yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), turut mendakwa Jamil telah menggunakan dana Pemangkin untuk bermain golf dan membeli-belah.

Jamil kemudianya bertindak menyaman pengarah NOW, Akmal Nasir, namun saman tersebut kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.













Tidak ada komentar:

Posting Komentar