Jumat, 04 Agustus 2017

YaPEIM guna wang anak yatim beli set simulator golf


Projek ‘Gajah Putih’ Simultor Golf

Mungkin ada yang tidak mengetahui projek simulator golf yang dibiayai YaPEIM pada hakikatnya merupakan satu projek ‘gajah putih’ atau dalam bahasa kasarnya merupakan satu pengunaan dan pembaziran wang rakyat yang dilakukan denagn sewenang-wenangnya oleh Abibullah.

Ini kerana adalah suatu yang tidak boleh diterima dek akal manusia yang waras, apabila YaPEIM yang sepatutnya membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat, membangunkan program pembangunan tanah wakaf atau menyediakan program membantu mangsa bencana alam terpaksa mengeluarkan belanja yang sebegitu besar untuk simulator golf.



Apakah rasionalnya set simulator golf ini dengan semua peranan dan fungsi sebenar YaPEIM yang dinyatakan sebelum ini?

Malah hasil siasatan dalam yang dilakukan dengan kakitangan, penelitian laporan-laporan kewangan dan minit-minit mesyuarat YaPEIM sebelum ini, pembelian set simulator golf tersebut tidak pernah mendapat kelulusan dan persetujuan semua Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan dan Perundiangan YaPEIM (INPUT).

Paling memeranjatkan set simulator golf yang ditempatkan di Mentari Park Bandar Sunway itu tidak pernah digunakan sehingga kini dan terbiar using tanpa sebarang pengawasan dan penyelenggaraan.
Sedangkan YaPEIM dan INPUT telah mengeluarkan dana mencecah RM 1 juta yang merangkumi kos peralatan, pemasangan dan pengubahsuian pejabat.


Penyelewengan Dana Anak Yatim, Miskin

Tidak cukup dengan itu, Abibullah turut dilaporkan telah menyeleweng dana dan peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anak-anak yatim dan miskin yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.

Menurut rekod sehingga kini Abibullah telah menghabiskan jutaan ringgit peruntukan YaPEIM yang sepatutnya digunakan untuk Pelajar Anak Yatim Miskin Cemerlang (Santun) dengan mengadakan pelbagai program dan aktviti yang tidak masuk akal.

Ini kerana Abibullah hanya berminat untuk mengadakan program bersama pelajar Santun yang berada di luar negara, manakala mereka yang menuntut di dalam negeri dibiarkan melarat dan merempat tanpa sebarang pembelaan.

Melalui data yang diperolehi jumlah keseluruhan pelajar Santun adalah seramai 5,000 dan daripada jumlah tersebut hanya 200 orang sahaja yang menuntut di luar negara manakala baki seramai 4,800 orang berada di dalam negeri.

Persoalannya adakah wajar dana yang sebegitu besar tdigunakan hanya untuk mengadakan pelbagai jenis lawatan ke luar negara atas alasan untuk berjumpa dan membantu para pelajar Santun yang seramai 200 orang itu?

Bagaimana pula dengan nasib 4,800 orang pelajar yang dibiarkan tanpa sebarang pembelaan dan bantuan yang berada di ‘depan mata’ ini?

Apakah kerana mereka itu semua terlalu ‘dekat’ sehingga Abibullah merasakan sangat tidak wajar untuk dirinya untuk ‘mencemar duli’ melawat dan mengadakan aktiviti bersama mereka?

(… bersambung)

1 komentar:

  1. The King Casino Resort - Hertzaman
    Find the perfect https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ place to stay, communitykhabar play, https://deccasino.com/review/merit-casino/ and unwind ventureberg.com/ at Harrah's Resort Southern California. Get herzamanindir.com/ your points now!

    BalasHapus